Friday, March 16, 2012

7 Petala Cinta

Assalamualaikum..

terpanggil untuk mencoret sebuah cebisan yang tak seberapa. Tertarik dengan sebuah tajuk filem iaitu 7 petala cinta. satu nama tajuk yang unik antara filem-filem di negara kita.

'Assalamualaikum cinta'
'Waalaikumussalam rindu'

antara dialog yang cukup indah..

7 Petala Cinta mengisahkan kisah cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan perempuan, cinta diantara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara seorang ayah dan anaknya, cinta diantara guru dan pelajarnya.

agar cerita ini mampu menyampaikan dakwahnya..


 
 

Thursday, March 15, 2012

cinta sampai JANNAH

kadang-kadang rasa sedih itu datang ..tapi kita tak tahu kenapa.. terjadi dengan tiba-tiba.. sebenarnya kita tahu cuma kita keliru..tak sala kalau kita menangis..kadang ia mampu meredakan rasa ..orang kata kongsilah dengan sesiapa yang kita percaya tapi kadang2 kita tak mampu luahkan..mungkin dia tak cukup memahami.. tapi ingatlah kita msih ada DIA yang maha mengetahui segalanya-galanya..ambil wuduk dan bersujudlah..berzikir salah satu terapi yang amat menenangkan..alunkan kemerduan suaramu bukan pada lagu-lagu jiwang tapi pada lagu yang menyatakan cinta kita pada ALLAH S.W.T..

DIA pinjamkan kita cinta untuk mencintai seseorang ..cinta itu sementara..jadi jatuh cintalah pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada ALLAH..maka kita akan lebih terasa manisnya cinta.. jodoh itu ada..jangan mengeluh..ia ada ketika kita masih di luh mahfuz lagi..ditetapkan pasangan yang terbaik untuk kita..bersabarlah kerana dia akan muncul satu ketika nanti..

cinta itu mengasyikan,indah, dan bahagia..jadi bawalah cinta ke JANNAH..
“Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan.”

“Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.”


“Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.”

“Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.”

“Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam.”

“Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.”

“Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.”

“Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain.”

“Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari.”

“Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.”

“Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.”

aku ta pandai

Aku tak pandai melukis, jadi aku tak boleh 'draw n paint' perasaan aku 
Aku tak pandai menyanyi, aku tak boleh lagukan hati akuAku tak ada 'art n skill', maka aku tak boleh nak 'shout out' buat 'graffiti' kat mana-mana dinding dan sebenarnya aku tak pandai pun menulis..aku bukan penulis novel, maka aku tak boleh karang cerita cinta aku dalam novel.. aku bukan syamsul yusof pengarah filem ,maka aku tak boleh terbitkan filem kisah aku.. aku bukan siapa-siapa.. tapi yang pasti aku ada rasa itu..cuma mungkin masa itu belum tiba..

Tuesday, December 13, 2011

kuciwa :(

setiap apa yang kita lakukan pasti kita mahukan hasil yang terbaik.. tapi bila kita dapat adalah sebaliknya, pasti akan timbul rasa kecewa.. semua orang mahukan kejayaan dan bila kita diberi kejayaan berapa ramai antara kita yang bersyukur? berapa ramai yang menyebut ALHAMDULILLAH.. pernahkah kita terfikir kenapa kegagalan yang kita peroleh sedangkan kita telah berusaha.. cuba kita renung kembali bila kejayaan yang kita perolehi dulu kita guna sebaiknya atau tidak.. mungkin juga kita lalai sehingga nikmat itu ditarik balik.. dan mungkin juga usaha kita tak seberapa.. kita tak boleh terus kecewa dan rasa down tapi kita kena bangkit semula dan tanya pada diri kenapa DIA beri kita kegagalan.. jadi peganglah pada kata-kata ini :
''Kadang2 ALLAH hilangkan sekejap matahari,kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat..Puas kita menangis mencari matahari..Rupa2nya ALLAH nak hadiahkan pelangi yg indah..." .
SUBHANALLAH
 

FENOMENA OMBAK !

Redha itu ikhlas , pasrah itu menyerah.. sekarang baru aku boleh komen psal fenomena yang hangat dari terhangat ni sebab aku dah ada benda nak dikatakan.. sebelum ni orang dok sibuk bercerita aku cuma boleh dengar je sekarang meh sini aku nak sibuk sekali. hehehe.. dua kali aku gi panggung wayang smua tiket sold out .. dari selatan hingga ke utaqa semua sold out. sampai muka member aku ni cemburut sepanjang jalan. naseb badan laa.. tapi hari ni impian aku tercapai. OMBAK RINDU akhirnya ku tonton jua dirimu. puas ku mencari akhirnya kutemui jua. haha..gembiranya hati..:) apa yang boleh aku komen, filem dia tak mampu menitiskan air mataku ini walau puas ku cuba namun tak berhasil. tidak seperti novelnya yang dah 12 kali kubaca dan dua 13 kali gugur jua airmata ku itu..hak3.. bukan sebab ombak rindu versi filem tak best. boleh aku katakan yang ombak rindu ni adalah filem terbaik malaysia.. over tak? tapi ada aku kesah sebab ni pendapat individu kan. jalan cerita garapan novelis terkenal Fauziah Ashari memang tak ada tandingan dan setelah mendapat sentuhan pengarah osman ali ombak rindu mampu bersaing dengan filem -filem hebat lain. meh sini nak komen pasal pelakon. Aaron Aziz memang dapat menjadi harris sebab aku tak nampak langsung Aaron Aziz dalam watak harris tu. lakonan yang sangat berkesan. watak izzah dipegang oleh Maya Karin. dulu aku tak terbayang langsung masa baca novel, watak ni adalah Maya Karin. tapi ok laa pemilihan tu. cuma suara dia masih ada slanga omputih sikit and tudung tu tak sesuai macam kanak-kanak darjah 1 je. tapi time izzah pakai selendang tu dia sangat cute. emm..yang lain aku rasa dia mampu bawa dengan berkesan. paling menarik bagi aku masa scene harris tuduh izzah dekat rumah pak dollah tu. time tu memang tersangatlah berkesan. dalam banyak-banyak watak sebenarnya watak pak dollah dengan isterinya tu aku rasakan sangat serasi..selain novel lagu temanya mampu menggoda aku untuk menonton filem ini.. sebagai peminat nomber satu novel ni boleh aku katakan yang ada lari sikit cerita ni dari novel tu.










Sunday, October 16, 2011

sedetik lebih ~lalalalala


ANUAR ZAIN

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu


MERONG MAHAWANGSA